Monday, 16 November 2015

DASAR PENDIDIKAN MALAYSIA
       Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arahnegara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosialialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistempendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukansahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak –kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya sertaalam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untukmenyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melaluipenerapan tentang kefahaman serta nilai – nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.
       Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat pentingdalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar inidikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Umumnya,terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negaradan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi danmenghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengandasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkanperbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula, ianya untukmemastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif danbahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.
         Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan RahmanTalib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitandengan nilai – nilai integrasi antara kaum ini. Antara langkah yang telahdiambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini ialahdengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasapengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dansistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru – guru yangmengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruanyang sama. Ketiga – tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan orientasi nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusi perancangan yang sistematik, kurikulum latihan perguruan yang seragam dan amalan – amalan pedagogi di bilik- bilik darjah yang bersesuaian , makasistem pendidikan kebangsaan ini dijangka dapat membentuk ciri- ciritingkahlaku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan tatasusila.



PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN SELEPAS MERDEKA
   Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepasmencapai kemerdekaan terutamanya di sekitar tahun 1980-an. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiranasas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Di samping itu juga, ia jugamemberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yangmeliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).Pada tahun1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM ini dirancang untukmemperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secaramenyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yangberilmu, berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepadakemajuan , kesejahteraan serta pembangunan negara.
    Walaubagaimanapun,faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaan ialah ‘Perpaduan’. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957, tugas utamanya ialah untuk menyatukan kembali rakyatnya yang berbilang kaum supaya dapat membina kembali sebuah negara yang aman dan maju serta bebasdaripada ancaman konflik antara kaum. Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagaiLaporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib.Tujuan perlantikan jawatankuasa ini untukmengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956. Antara cadangan – cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialahyang pertama, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamadi setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
    Antara tindakan – tindakan yang diambil ialah mewajibkan semua murid lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam , kertas peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Yang kedua, jawatankuasa ini mencadangkan agar umur persekolahan murid – murid dinaikkan daripada 12 tahun ke 15 tahun.Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah penggangguran dan masalah sosial sekiranya murid –murid ini berhenti sekolah terlalu awal.Yang ketiga pula, memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (aliran Bahasa Melayu ) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ( aliran Bahasa Inggeris). Mana – mana sekolah yang ingkar terhadap sistem pendidikan kebangsaan, bantuan kewangan terhadap sekolah tersebut akan ditarik balik. Di samping itu, Sekolah Menengah Teknikdan Vokasional telah ditubuhkan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan jurusan. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran1961 ini.
      Sistem pendidikan negara terus mengalami perubahan di sekitar tahun1963 hingga 1975 selaras dengan perlaksanaan rancangan lima tahunMalaysia. Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), TahapKedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Sistem pendidikan pada tahap inibukan hanya berorientasikan kepada pembasmian buta huruf tetapi jugauntuk mencapai matlamat ekonomi negara. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada parapelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.Pada tahap ini, beberapa buah Sekolah Menengah Teknik dan Vokasionaltelah disediakan bagi melatih pelajar dalam bidang pertukangan, pertanian, sains rumahtangga dan perdagangan agar pelajar dapat mengembangkan lagi bakat mereka dalam bidang kemahiran yang telahdisediakan.Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbanganpenting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilangbangsa. Perubahan – perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat darikonflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat – matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.
     Kesinambungan daripada Rancangan Malaysia yang pertama ini , sistempendidikan negara terus mengalami arus perubahan dan perkembanganpada Rancangan Malaysia yang kedua (1971-1975). Di bawah RancanganMalaysia Kedua , rancangan pendidikan negara ditumpukan pada tiga bidangyang berikut iaitu yang pertama , menyatukan sistem pelajaran bagimenggalakkan perpaduan negara. Yang kedua memperluaskan rancanganpelajaran bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat dan yangketiga memperbaiki mutu pelajaran ke arah mecapai masyarakat yang majuberasaskan sains dan teknologi moden. Antara strategi yang dilaksanakanuntuk mencapai ketiga – tiga hasrat ini ialah yang pertama melaksanakanBahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah secaraberperingkat. Kedua, mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikanpeluang pelajaran di antara kawasan – kawasan dan juga antara kaummelalui pembinaan sekolah dan kemudahan yang baru di sekolah luar bandar serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Yang ketiga, meningkatkanmutu pelajaran. Dalam usaha untuk meningkatkan mutu pelajaran ini antaranya melalui pengurangan bilangan pelajar yang terkandas dalampeperiksaan awam, membuat penilaian secara sistematik, memperbaikisukatan pelajaran serta memperseimbangkan antara matapelajaran terasdengan matapelajaran elektif seperti sains dan teknologi. Pada tahun 1974,kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu Jawatakuasa Kabinet untukmengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Jawatankuasa ini telahmengkaji semula matlamat dan kesan sistem pelajaran termasukkurikulumnya untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara inidapat dipenuhi. Walaubagaimanapun, perkara yang lebih penting ialah untukmemastikan bahawa sistem pelajaran ini dapat memenuhi matlamat negarake arah pembentukan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu,berdisiplin dan terlatih. Antara aspek lain yang dikaji untuk penambah baikkanterhadap sistem pendidikan di negara ini ialah menyeragamkan sukatanpelajaran dan sistem peperiksaan di semua sekolah, menjadikan BahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan, menstrukturkan masa persekolahan,meningkatkan kecekapan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan sertamemasukkan matapelajaran yang baru dalam kurikulum sekolah iaitumatapelajaran Pendidikan Sivik, Pendidikan Islam dan Moral sertamemantapkan lagi pembentukan disiplin dikalangan para pelajar.


PENGENALAN KBSR DAN KBSM
     Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengan negara – negara maju yang lain, tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakan tahap terpenting dalam sejarah pendidikan negara di manapelbagai perubahan telah dilaksanakan dalam banyak aspek, di samping berusaha untuk menangani cabaran perkembangan semasa yang mana telahmula mengabaikan nilai kerohanian dan juga nilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu tersebut. Perlaksanaan kurikulum baru KBSR danKBSM adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Berikutan itu, Kementerian Pendidikan padaketika itu telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan perakuanyang terkandung dalam laporan tersebut. Oleh yang demikian, kurikulum diperingkat rendah dan menengah telah dikaji dan digubal semula dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan negara. Oleh yang demikian,segala perubahan dalam kurikulum, cita - cita FPN dan pendekatan yang menekankan kesepaduan dalam kurikulum menengah perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat agar hasrat murni yang ingin dicapai melalui pendidikan dapat dijayakan dengan berkesan dan sempurna.