DASAR PENDIDIKAN MALAYSIA
Bagi
setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang
amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arahnegara yang maju dan
membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosialialah penekanan terhadap
perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistempendidikan yang dilaksanakan di
dalam sesebuah negara, penting bukansahaja kerana fungsi kebajikan dan
sosialisasinya iaitu di mana kanak –kanak dididik untuk menjadi insan yang
berjaya dan mengenali budaya sertaalam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan
sebagai wadah untukmenyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu
melaluipenerapan tentang kefahaman serta nilai – nilai positif untuk perpaduan kaum
di kalangan para pelajar.
Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai
peranan yang amat pentingdalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara
yang mana dasar inidikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’. Dasar
Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957.
Umumnya,terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan
ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu
sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negaradan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.Kedua, untuk menghasilkan
pelajar yang berdisiplin serta mematuhi danmenghormati kedua ibu bapa mereka di
mana prinsip ini sejajar dengandasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan
proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan
untuk mengelakkanperbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula, ianya
untukmemastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam
menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif danbahasa kebangsaan
dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Integrasi antara kaum pula merupakan
isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar
pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan
Laporan RahmanTalib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang
berkaitandengan nilai – nilai integrasi antara kaum ini. Antara langkah yang
telahdiambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini
ialahdengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasapengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dansistem
peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru – guru yangmengajar di sekolah
haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruanyang sama. Ketiga – tiga
faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan orientasi nilai sistem
pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusi perancangan yang sistematik,
kurikulum latihan perguruan yang seragam dan amalan – amalan pedagogi di bilik-
bilik darjah yang bersesuaian , makasistem pendidikan kebangsaan ini dijangka
dapat membentuk ciri- ciritingkahlaku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan
tatasusila.
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN
KEBANGSAAN SELEPAS MERDEKA
Sistem
pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepasmencapai kemerdekaan
terutamanya di sekitar tahun 1980-an. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet
yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979), Rancangan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)mula dilaksanakan di semua sekolah rendah
di seluruh negara mulai tahun1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan
terhadap kemahiranasas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Di samping itu
juga, ia jugamemberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh
yangmeliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).Pada
tahun1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan
di semua sekolah menengah. KBSM ini dirancang untukmemperkembangkan potensi
individu daripada aspek JERIS secaramenyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk
melahirkan pelajar yangberilmu, berakhlak mulia serta berupaya memberi
sumbangan kepadakemajuan , kesejahteraan serta pembangunan negara.
Walaubagaimanapun,faktor
utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan negara selepas
mencapai kemerdekaan ialah ‘Perpaduan’. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
daripada penjajah British pada tahun 1957, tugas utamanya ialah untuk
menyatukan kembali rakyatnya yang berbilang kaum supaya dapat membina kembali
sebuah negara yang aman dan maju serta bebasdaripada ancaman konflik antara
kaum. Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah
dibentuk yang dikenali sebagaiLaporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai
oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib.Tujuan perlantikan
jawatankuasa ini untukmengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana
yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956. Antara cadangan
– cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialahyang pertama,
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamadi setiap sekolah
termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
Antara tindakan – tindakan yang diambil
ialah mewajibkan semua murid lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dalam
peperiksaan awam , kertas peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu dan
sebagainya. Ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat yang berbilang kaum. Yang kedua, jawatankuasa ini mencadangkan agar
umur persekolahan murid – murid dinaikkan daripada 12 tahun ke 15 tahun.Ia
bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah penggangguran dan masalah sosial
sekiranya murid –murid ini berhenti sekolah terlalu awal.Yang ketiga pula,
memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (aliran Bahasa
Melayu ) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ( aliran Bahasa Inggeris). Mana
– mana sekolah yang ingkar terhadap sistem pendidikan kebangsaan, bantuan
kewangan terhadap sekolah tersebut akan ditarik balik. Di samping itu, Sekolah
Menengah Teknikdan Vokasional telah ditubuhkan bagi melahirkan pelajar yang
mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan jurusan. Laporan Rahman Talib ini
kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan
dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan
selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang
tercatat dalam Akta Pelajaran1961 ini.
Sistem pendidikan negara terus mengalami
perubahan di sekitar tahun1963 hingga 1975 selaras dengan perlaksanaan
rancangan lima tahunMalaysia. Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun
ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965),
TahapKedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan
tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam
Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan
pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk
menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Sistem
pendidikan pada tahap inibukan hanya berorientasikan kepada pembasmian buta
huruf tetapi jugauntuk mencapai matlamat ekonomi negara. Antara matlamat lain
yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi
memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan
pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada parapelajar, meningkatkan
taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan
tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.Pada tahap ini, beberapa buah Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasionaltelah disediakan bagi melatih pelajar dalam
bidang pertukangan, pertanian, sains rumahtangga dan perdagangan
agar pelajar dapat mengembangkan lagi bakat mereka dalam bidang kemahiran yang
telahdisediakan.Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan
pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan
perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi
melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini
dirancang supaya memberi sumbanganpenting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan
rakyat berbilangbangsa. Perubahan – perubahan sistem pendidikan ini adalah
akibat darikonflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa
mengkaji semula matlamat – matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang
suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan
rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu
daripada berulang kembali.
Kesinambungan daripada Rancangan Malaysia
yang pertama ini , sistempendidikan negara terus mengalami arus perubahan dan perkembanganpada
Rancangan Malaysia yang kedua (1971-1975). Di bawah RancanganMalaysia Kedua ,
rancangan pendidikan negara ditumpukan pada tiga bidangyang berikut iaitu yang
pertama , menyatukan sistem pelajaran bagimenggalakkan perpaduan negara. Yang
kedua memperluaskan rancanganpelajaran bagi mencapai keperluan negara mengenai
tenaga rakyat dan yangketiga memperbaiki mutu pelajaran ke arah mecapai
masyarakat yang majuberasaskan sains dan teknologi moden. Antara strategi yang
dilaksanakanuntuk mencapai ketiga – tiga hasrat ini ialah yang pertama
melaksanakanBahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah
secaraberperingkat. Kedua, mengurangkan jurang perbezaan dalam
memberikanpeluang pelajaran di antara kawasan – kawasan dan juga antara kaummelalui
pembinaan sekolah dan kemudahan yang baru di sekolah luar bandar serta
melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Yang ketiga, meningkatkanmutu
pelajaran. Dalam usaha untuk meningkatkan mutu pelajaran ini antaranya melalui
pengurangan bilangan pelajar yang terkandas dalampeperiksaan awam, membuat
penilaian secara sistematik, memperbaikisukatan pelajaran serta
memperseimbangkan antara matapelajaran terasdengan matapelajaran elektif
seperti sains dan teknologi. Pada tahun 1974,kerajaan Malaysia telah menubuhkan
satu Jawatakuasa Kabinet untukmengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Jawatankuasa ini telahmengkaji semula matlamat dan kesan sistem pelajaran
termasukkurikulumnya untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara
inidapat dipenuhi. Walaubagaimanapun, perkara yang lebih penting ialah
untukmemastikan bahawa sistem pelajaran ini dapat memenuhi matlamat negarake
arah pembentukan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu,berdisiplin dan
terlatih. Antara aspek lain yang dikaji untuk penambah baikkanterhadap sistem
pendidikan di negara ini ialah menyeragamkan sukatanpelajaran dan sistem
peperiksaan di semua sekolah, menjadikan BahasaMelayu sebagai bahasa
kebangsaan, menstrukturkan masa persekolahan,meningkatkan kecekapan dalam
sistem pentadbiran dan pengurusan sertamemasukkan matapelajaran yang baru dalam
kurikulum sekolah iaitumatapelajaran Pendidikan Sivik, Pendidikan Islam dan
Moral sertamemantapkan lagi pembentukan disiplin dikalangan para pelajar.
PENGENALAN
KBSR DAN KBSM
Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti
pendidikan agar setaraf dengan negara – negara maju yang lain, tahun 1986
hingga awal tahun 1991 adalah merupakan tahap terpenting dalam sejarah
pendidikan negara di manapelbagai perubahan telah dilaksanakan dalam banyak
aspek, di samping berusaha untuk menangani cabaran perkembangan semasa yang
mana telahmula mengabaikan nilai kerohanian dan juga nilai murni dalam
kehidupan masyarakat pada waktu tersebut. Perlaksanaan kurikulum baru KBSR
danKBSM adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979.
Berikutan itu, Kementerian Pendidikan padaketika itu telah mengambil langkah
drastik dengan melaksanakan perakuanyang terkandung dalam laporan tersebut.
Oleh yang demikian, kurikulum diperingkat rendah dan menengah telah dikaji dan
digubal semula dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan negara.
Oleh yang demikian,segala perubahan dalam kurikulum, cita - cita FPN dan
pendekatan yang menekankan kesepaduan dalam kurikulum menengah perlu difahami
oleh semua lapisan masyarakat agar hasrat murni yang ingin dicapai melalui pendidikan
dapat dijayakan dengan berkesan dan sempurna.